INTAN
Terima kasih sudi mengintai blog hennaartdesigns... Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis bersanding. Hasil output inai ini bergantung pada darah dan suhu badan individu... Very unpredictable. Ada setengah pengatin tak berapa merah pekat.. dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukiskan inai.. hasilnya merah dan cantik.

Untuk pengetahuan semua, kalau nak pakai yang inai full henna cap (yang penuh hujung jari kaki & tangan) termasuk proses melukis atas tangan, tapak tangan & kaki akan memakan masa 4 jam. Kebiasaannya pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana.

Inai yang telah diukirkan akan mula mengering dan boleh ditanggalkan selepas 7 jam dan jika dijaga elok boleh tahan sehingga seminggu.. (ini kalau yang suka2 sahaja). Tapi kalau untuk Inai pengantin, saya menyarankan agar dibiarkan sampai keesokan paginya (sekurang-kurangya 7 jam, kalau lebih lagi bagus) kemudian baru dikopek/ditanggalkan (jangan basuh dengan air, kerana air akan memudarkan lagi warnanya).

Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk menggelakkan ianya menjadi cepat pudar.


Ingin memerlukan perkhidmatan henna dari hennaartdesigns.. boleh emailkan maklumat-maklumat anda untuk booking atau sebarang pertanyaan ke in870911@yahoo.com.my.. Code area Kulai, Sempang Renggam, Kluang..
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment